Saturday, June 19, 2010

Selamat Hari Bapa, Ayah!!




Dengan itu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada ayahku. Pengorbananmu tiada nilainya... Selamat Hari Bapa ayah!!!

Wednesday, June 16, 2010

Keluargaku Indah..

Setiap org ada keluarga. Begitu juga dgn diriku. Kehidupan keluargaku cukup indah dgn kemanisan perjalanan hidup. Mempunyai ibu bapa yg baik, memahami dan menyayangi anak2. Adik beradik yg sentiasa ceria, akrab, dan saling memahami. Perjalanan kehidupan yg kami sekeluarga terokai begitu indah dan mengasyikkan.

Setiap kali waktu luang, kami sekeluarga menghabiskan masa bersama-sama. Lebih2 lagi, waktu cuti yg panjang. Melancong dan beriadah merupakan kemestian yg sentiasa dinanti-nantikan. Minggu yg lepas, kami berpeluang menjejaki bumi LANGKAWI. Panorama yg indah dgn kebiruan lautan masih menggamit dlm memori. Perjalanan percutian di sana sungguh istimewa yg tidak mungkin dpt dilupakan.

Malam ni, ayah bercadang bersantai mengecapi nikmat malam dan jalan2 cari makan. X tau lah destinasinya di mana. Itulah ayah, yg sering membuat kejutan bila kami kebosanan berada di rumah. La ni, kami ternanti.. Sapaan ayh utk meredah mlm yg mengasyikkan ini. Ibu senyum jeling manja tanda setuju...

Tuesday, June 15, 2010

Ucapan ringkas..

Kehidupan itu tidak pernah berjalan secara mengundur dan tidak sesekali tenggelam kerana masa lampau. Hidup ini penuh dengan kemanisan lebih-lebih lagi dgn adanya madu keimanan.Jika sesuatu musibah menimpa, jgn dikorbankan kemanisan itu. Kelak, tiada satu pun yg tertinggal untuk kita meskipun sepahnya.

Inginkan kehidupan yg penuh dengan ketenangan dan keamanan? Caranya hanya satu; Ikhlaslah untuk menjadi diri sendiri. Inginkan khabarkan. Tatkala nyiur melambai, liuk lentoknya cukup menggamit perasaan. Kicauan burung bagaikan irama wajib kala sang suria menjelma. Semerbaknya kasturi desa. Terpana seketika hati ini diulit momen di lewat musim itu...

Wednesday, June 9, 2010

Hello! Let you know about me..

Baiklah,saya mulakan percakapan saya dgn Assalamualaikum kepada para-para sekalian..Nama saya ialah Nur Maisara Bt Ahmad Rasid. Saya mempunyai sebuah keluarga yg terdiri daripada ayah, mama,najiha dan yasmeen. Untuk pengetahuan anda sekalian,Najiha dan Yasmeen adalah adik2 saya.Saya tinggal di Johor bahru. Itu adalah adik-beradik saya. Semuanya cute bukan? Kami sedang bermandi-manda di kolam. Bestnya mandi.. Maklumlah dah lama x mandi kolam. Sebenarnya, itu kolam di rumah lama saya tapi skrang saya dah pindah rumah so x dpt la nak mandi kolam lagi. Rumah baru saya tu x ada kolam.Huhuhu.. Itu pulak adalah ibu bapa saya. Saya panggil mereka mama dan ayah. Mamalah yang melahirkan saya. Ayah pula yang mendidik saya sampai pandai. Oleh itu, kita harus menghormati mereka.